Tuesday, September 11, 2007

Cuti - Cuti Malaysia (Sabah)

13 - 17 Ogos 2007... Sempena hari ulangtahun Mama dan Hanis..


13 Ogos 2007... Tiba jam 1730... Berehat di Tang Dynasty Hotel..


14 0gos 2007... Perjalanan ke Kundasang, Ranau. Singgah di Jambatan Tamparuli.

Kinabalu Pine Resort (hadapan Gunung Kinabalu).. Saujana mata memandang..
Hanis bangun awal nak tengok puncak gunung... sejukkkk papa!!


Rose & Hanis..
Posing di Kinabalu Pine Resort berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu





15 Ogos 2007... Berkunjung ke Tanjung Simpang Mengayau (Top of Borneo), Kudat

Kawasan yang cukup dramatik ini menggambarkan penghujung barat laut tanah Borneo. Tanjung yang terletak di Semenanjung Kudat, kira-kira tiga jam setengah pemanduan atau sejauh 215 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Diterjemahkan sebagai ‘Simpang yang Berpanjangan’, Simpang Mengayau menjanjikan pemandangan memukau yang melepasi Laut China Selatan. Alam semula jadinya cukup mempesonakan dengan pecahan batuan pasir yang membentuk pusaran dan tetingkat. Anda juga dapat menyaksikan rumah api di Pulau Kalampunian. Di sebelah kiri anda dapat menyaksikan Pantai Kalampunian, iaitu pantai yang tercantik di Kudat. Kesemua tarikan ini memerlukan sedikit tenaga kerana anda kena berjalan untuk pergi ke pancang bendera raksasa dan Glob dan akhirnya ke batuan singkapan granit.
Kesian mama dan Hanis... Penat sangat...


Berkunjung ke rumah Azah di Tuaran
Jejak kasih... selepas 17 tahun tidak berjumpa.. Kawan lama masa Darjah 6.
16 Ogos 2007... Hanis di hadapan Bangunan Yayasan Sabah
(mercu tanda Kota Kinabalu)


Pasar Filipina..
Isteri tengah pening memilih mutiara sebagai kenangan dan cenderamata

17 Ogos 2007... jam 0430... Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu...
Berlepas balik ke Kuala Lumpur...

Terima kasih En. Jefry, En. Mazeli dan En. Kasdi atas sumbangan sepanjang percutian ini...

No comments: