Wednesday, February 11, 2009

Happy Chinese New Year 2009

A Famosa Resort, Melaka


A'Famosa Golf Resort atau A Famosa Resort terletak tidak jauh dari salah satu pintu masuk ke daerah Alor Gajah, Melaka iaitu melalui Persimpangan Plaza Tol Simpang Empat, Lebuhraya Utara - Selatan.

A Famosa Resort ini merupakan salah satu rangkaian hotel yang terdapat di Daerah Alor Gajah dan turut menawarkan pelabagai kemudahan rekreasi, hiburan, sukan kepada pengunjungnya. Direka oleh pereka terkemuka Ross C.Watson. Ia dilakar dengan mengambil kelebihan pada mukabentuk semulajadi yang ada membuatkannya sangat unik- dengan pembuatan tasik, tumbuhan tropika dan landskap yang sangat cantik.

A Famosa Resort menawarkan rangkaian kemudahan penginapan seperti hotel, kondotel dan banglo. Resort yang dilengkapi dengan padang golf 27 lubang ini turut menyedikan pelbagai kemudahan lain seperti kolam memancing, restoran, dewan banquet, bilik seminar, karaoke, kedai-kedai cenderhati, kereta kuda, keretapi, basikal dan sebagainya untuk keselesaan para pengunjung.
Lokasi yang menjadi tarikan pengunjung ialah Water World, Animal Safari, Cowboy Town, Golf dan Kelab Micro Light. Layari http://www.afamosa.com/ untuk keterangan lanjut.


Bilik penginapan yang selesa...
Haikal dengan gelagatnya.

Meninjau aktiviti - aktiviti yang disediakan..
Hanis teringin nak naik kuda. Papa tak kasi, belum ada lesen. Kecik lagi.


Siap sedia masuk 'Cowboy Town'


Dapat gak Hanis merasa naik kuda padi kat 'Cowboy Town'
Tak macam cowboy pun... cowgirl yang cuak.

The Red Indian Show..


Menghiburkan... kemeriahan sempena Tahun Baru Cina.
Perarakan binatang... acara kesukaan Hanis.
Pelbagai gaya dan tarian dipersembahkan...
Terpegun dia...

Perarakan kenderaan bercahaya turut dipersembahkan...

Semuanya dah penat dan lapar... Kesian Haikan tak makan malam..


Keesokan hari berkunjung ke 'Animal World Safari'


'An Elephant Show' ...


Camera... action!!

'Animal Show'... kelakar melihat telatah pelbagai binatang terlatih...
orang utan jadi pelakon utama


Sebelum balik.. Hanis sempat posing bersama 'Pak Harimau'..
Bye.. bye..

No comments: